Nirwana Education Group

Copyright © 2011 for Windfield International College

Follow Us On:
English
BM

Download Registration Form


Muat Turun Borang Pendaftaran

DIPLOMA KEJURURAWATAN (KR 11381)

Syarat Kemasukan

:

Minimum 5 kredit dalam SPM dengan mempunyai kepujian dalam Matematik dan mana-mana subjek Sains serta lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tempoh Pengajian

:

3 tahun (3 semester setahun)

Subjek

:

Seperti di dalam risalah

Tugasan

:

Merangkumi teori (50%) dan praktikal (50%)

Kelebihan

:

 

1.  Diluluskan dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian untuk bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Diploma ini juga diiktiraf selaras dengan mana-mana kelayakan IPTA oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

2.  Hanya pelajar daripada Winfield International College sahaja boleh melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di University of Wales, UK, yang bertaraf antarabangsa.

3.  Pinjaman penuh oleh PTPTN untuk pelajar yang layak.

4.  Gabungan lebih 80 buah hospital disediakan untuk para pelajar menjalani latihan praktikal (lebih 50 buah hospital kerajaan dan klinik komuniti kerajaan dan 15 buah hospital swasta).

5.  Kelas Bahasa Inggeris dan kelas Komputer akan diberikan secara percuma.

6.  Bagi yang berminat,para pelajar boleh mencuba untuk mendapatkan peluang  pekerjaan di Timur Tengah anggaran dengan pendapatan sebanyak RM 15,000.00++ sebulan.

7.  Tajaan khas akan diberikan oleh hospital swasta kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

Gabungan

:

Berpeluang untuk melanjutkan Ijazah di University of Wales, UK ataupun di dalam negara melalui kaedah pembelajaran jarak jauh.

Yuran

:

RM 45,000.00 – termasuk yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran praktikal, yuran peperiksaan dan yuran makmal.

Skim PTPTN – Pinjaman PTPTN sebanyak RM 45,000.00

Tajaan kemudahan asrama, pengangkutan, pakaian seragam dan insurans oleh pihak kolej secara percuma.

Biasiswa kos sara diri RM 100.00 bulanan daripada pihak kolej.

Badan Penganugerahan

:

Kolej Antarabangsa Windfield dan Lembaga Jururawat Malaysia

Laluan Kerjaya

:

Selepas menamatkan kursus Diploma, pelajar akan diberi status “Registered Nurse” (RN) (Jururawat Berdaftar). Pendaftaran ini dilengkapi dengan lesen untuk bertugas sebagai jururawat disektor kerajaan mahupun swasta. Pelajar juga boleh melanjutkan pengajian (memindahkan kredit) ke peringkat ijazah dengan University of Wales, UK di dalam ataupun di luar Negara.